Wednesday 20 July 2011

Ini proses aku untuk sambung belajar kat UK…Bukan senang tau!!


Aku tau mesti ramai member-member aku terutamanya yang pergi BTN Ulu Sepri yang sakit kepala dok pikiaq pasai visa.

Jadi kat dalam blog nie sementara aku masih fresh lagi..aku tuliskan aper yang aku dah buat untuk memohon visa ke UK… blog ini ditulis pada 20/7/2011, sehari lepas aku p hantaq borang Visa di VFS global jalan ampang..,bangunan wisma MCA
Sebelom aku citer pasal permohonan VISA, Rasa aku lebih baik aku ceritakan dari awal,segala proses yang telah aku lalui untuk sambung belajar nie…
Permulaannya begini ; Aku telah dibawa oleh bos aku (masa tu) seingat aku 13 Apr 2010 untuk menghadiri Antidote monograph review meeting di London. Meeting tue dibuat di King’s College Guy’s Campus selama 5 hari. Jadi bila ada masa terluang kami dibawa melawat ke sekitar  Kampus King’s ….tempat yang aku rasa agak best adalah museum dia, Museum Gordon namanya. Dalam pada berjalan-jalan tu secara tak sengaja aku terpandang prospectus King’s …..sebab perangai gatai tangan, aku belek la prospectus yg aku jumpa tu, ..belek punya belek…aku tak prasan plak bos aku tue dok perati apa aku buat…….tetiba jer dia ada kat sebelah aku, join sama aku belek, ….pas tu aku kata kat dia “ depa ada offer kursus analytical Toxicology yang saya ( aku bahasakan diri aku dgn bos tu saya,..yela tak kan nak cakap aku ko plak dgn bos kan?) minat nie, full time course work, sekejap jer setahun, best jugak kalau dapat belajaq kat sini”…aku tak sangka bos aku tue ambik serius aku punya statement…dia balas kat aku “ awak minat?..jom kita p survey, saya bawak awak p dia punya administration office”..terkedu aku!!. So kami pon pergi la survey ofis administration and so on, so on…sampai org office tu bagi satu lagi buku prospectus untuk simpanan kitaorg..aku tak tau mana aku dah letak buku tu!
                Bermula dari statement aku tu la,  maka bermulanya  adventure aku untuk menjadi seorang pelajar MSc di King’s college London.
Bila balik di Malaysia..bos aku suruh aku isi borang permohonan..masa tue King’s ada online prospectus untuk student apply belajar kat kampus diorang. Aku isi jelah…ada isu2 macam sapa nak jadi referee semua tue bos aku kata “itu you jangan risau, you serah je kat saya”…punya la aku rasa bertuah dan beruntung dapat kenai bos aku ..sangat-sangatla supportive orangnyer.
Isi borang untuk apply tempat blajaq tak susah pon…aku dapat bantuan daripada steno bos…yela, aku punya bahasa Inggeris berteraboq..kalau aku yg isi, soheh King’s reject permohonan aku. Dalam online form tu aku kena scan aku punya sijil, academic transcript dan jugak buat statement kenapa aku nak blajaq kat King’s…semua yg aku isi  aku refer kat bos aku tue…biasa la kan..bos aku dah level professor..banyak jugak yang kene edit balik…walaupon ada statement bengong aku buat..bos aku baik dia tak marah pon..Cuma dia membebel jer! Sampai aku punya second referee pon bos aku yg carikan…Best kan bos aku?
So bila dah settle isi borang tue aku pon send la kat King’s….Tak silap aku dalam bulan 7/2010 kot…aku dapat reply drpada King’s yg kata depa menerima aku sebagai student di sana…..bila dapat offer tue, rupanya aku punya step blom selesai lagi..dan percayalah cakap aku,cabaran utk memohon belajar di luaq negara bermula selepas peringkat ini. Yang banyak tolong aku juga bos aku nie….nanti aku ceritakan.

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete