Sunday 31 July 2011

Bagaimana memohon visa ke UK

Untuk memudahkan aku, aku copy and pastekan sahaja communication aku dgn member tentang cara nak apply visa nie.


Salam,

Ok....perkara pertama adalah website rasmi untuk rujukan....Aku dah try attached policy guidance yang berkaitan dan penting utk ko baca....tapi email tak leh send.

1.  http://www.vfs-uk-my.com/ 
Website kat atas nie utk VFS (Malaysia) SDN BHD atau juga dikenali sebagai VFS global ; Ini kira agen yang akan uruskan semua jenis permohonan visa ke UK di Malaysia.

2.http://www.ukvisas.gov.uk/en/
Yang ini pula adalah website rasmi imegresen UK.

Secara asasnya permohonan visa ke UK dibahagikan kepada 2 jenis.....

a) Non-points based system
b) Points Based system

Dalam ponits based system ada banyak lagi jenis jenis visanya daripd PBS tier 1 sampai la PBS tier 5 etc....pelajar macam kita adalah di bawah PBS tier 4.

Ada policy guidancenya seperti di bawah

http://www.ukba.homeoffice.gov.uk/sitecontent/applicationforms/pbs/Tier4migrantguidance1.pdf

Tier 4 atau pelajar yang bawak family member atau dependant ada policy guidance yang lain, link dekat bawah....

 http://www.ukba.homeoffice.gov.uk/sitecontent/applicationforms/pbs/pbsdependantspolicy1.pdf

Semua policy nie ko boleh cari dalam 2 website yang aku dah bg kat ko memula sekali.

OK, secara ringkas,

Pelajar yang ingin memohon visa ke uk nak kene ada beberapa documen penting dulu ....ini kira syarat wajib lah..

1. CAS Number
2. Surat scholarship
3. ATAS clearance untuk bidang sains dan teknology- ATAS nie aku cadangkan ko call kak warsu...no dia, 016-3586722. Aku tak kene aplly. Jadi tak tau sangat pasal ATAS clearance nie.

1 dan 2 tu memberikan ko 40 points dan ATAS tue tak dak points tapi British High Comm akan mintak kalo ko nak apply visa nanti.


Berkenaan borang yang perlu ko isi untuk memohon visa.

Ada 3 jenis borang yang perlu pemohon isi

1.Appendix 8 (Self assessment form)
Borang ini ko kene download manually dan isi. Hanya main applicant sahaja yang perlu isi, dependant tak payah.

2. Borang VAF 9 Main applicant application form
Borang ini kene isi online. Untuk dapat idea ko boleh je rujuk guidance notes tentang bagaimana nak isi borang- tak tgk guidance pon takpe, borang dia straight forward jer.

3. Borang VAF 10
- Borang ini adalah untuk dependant.
-Kalo untuk ko kene isi
a) Tier 4 general student dependant patner
b) Tier 4 general student dependant child - 3 anak kene isi 3 borang

- Borang dependant nie boleh pening sikit.

4. Jangan lupa gambar nak kene ada...sorang satu...

5. Last sekali supporting document. Penting untuk ko bg selengkap-lengkapnya. Ada dalam clause in their policy kata kalo depa ada quiry tentang ko punya maklumat...depa akan panggil ko interview...kalo maklumat ok , depa tak akan interview pon....aku punya permohonan 2 hari sahaja depa proses.

Sekian itu sahaja buat masa nie.




No comments:

Post a Comment