Thursday 14 July 2011

AkuDin: Kenapa AKU ingin sambung belajar? Part II

Segala yang ada dalam fikiran aku berubah bila aku diberi peluang untuk menyertai satu meeting di Guy's Poison Centre. Masih aku ingat tarikh keramat tu...13 April 2010, Attending monograph antidote review meeting. Itulah pertama kali aku terbang jauh dari Malaysia. Penerbangan memakan masa 13 jam...menaiki Aibus A380 Superjumbo Singapore airlines.

Aku pergi bersama-sama orang yang aku rasa banyak membentuk corak kehidupan aku....siapa orang itu? Biarlah aku sahaja yg tahu. Dalam meeting itu kami dibahagikan kepada 2 kump...dan malangnya serta mungkin juga hikmah Allah SWT, aku termasuk kedalam kump yang semuanya terdiri daripada Profesor! Profesor?!! Mereka adalah golongan bijak pandai datang dari Russia, German,USA etc dan yang penting sekali adalah pakar dalam bidang masing-masing...

Bolehkan kamu semua bayangkan, aku yang cuma ada degree sahaja duduk berdebat tentang antidote bersama profesor...apa yang boleh aku jawab hanyalah..."a'ah" "that's true" "I agree with U"...ya Allah, 2 hari rasa macam 2 tahun.


jadi di situ permulaanya untuk aku kembali bersemangat menyambung pengajian aku....masih ada lagi sebab lain...tunggu, akan aku kongsi bersama.
 

No comments:

Post a Comment