Sunday 31 July 2011

Bagaimana memohon visa ke UK

Untuk memudahkan aku, aku copy and pastekan sahaja communication aku dgn member tentang cara nak apply visa nie.


Salam,

Ok....perkara pertama adalah website rasmi untuk rujukan....Aku dah try attached policy guidance yang berkaitan dan penting utk ko baca....tapi email tak leh send.

1.  http://www.vfs-uk-my.com/ 
Website kat atas nie utk VFS (Malaysia) SDN BHD atau juga dikenali sebagai VFS global ; Ini kira agen yang akan uruskan semua jenis permohonan visa ke UK di Malaysia.

2.http://www.ukvisas.gov.uk/en/
Yang ini pula adalah website rasmi imegresen UK.

Secara asasnya permohonan visa ke UK dibahagikan kepada 2 jenis.....

a) Non-points based system
b) Points Based system

Dalam ponits based system ada banyak lagi jenis jenis visanya daripd PBS tier 1 sampai la PBS tier 5 etc....pelajar macam kita adalah di bawah PBS tier 4.

Ada policy guidancenya seperti di bawah

http://www.ukba.homeoffice.gov.uk/sitecontent/applicationforms/pbs/Tier4migrantguidance1.pdf

Tier 4 atau pelajar yang bawak family member atau dependant ada policy guidance yang lain, link dekat bawah....

 http://www.ukba.homeoffice.gov.uk/sitecontent/applicationforms/pbs/pbsdependantspolicy1.pdf

Semua policy nie ko boleh cari dalam 2 website yang aku dah bg kat ko memula sekali.

OK, secara ringkas,

Pelajar yang ingin memohon visa ke uk nak kene ada beberapa documen penting dulu ....ini kira syarat wajib lah..

1. CAS Number
2. Surat scholarship
3. ATAS clearance untuk bidang sains dan teknology- ATAS nie aku cadangkan ko call kak warsu...no dia, 016-3586722. Aku tak kene aplly. Jadi tak tau sangat pasal ATAS clearance nie.

1 dan 2 tu memberikan ko 40 points dan ATAS tue tak dak points tapi British High Comm akan mintak kalo ko nak apply visa nanti.


Berkenaan borang yang perlu ko isi untuk memohon visa.

Ada 3 jenis borang yang perlu pemohon isi

1.Appendix 8 (Self assessment form)
Borang ini ko kene download manually dan isi. Hanya main applicant sahaja yang perlu isi, dependant tak payah.

2. Borang VAF 9 Main applicant application form
Borang ini kene isi online. Untuk dapat idea ko boleh je rujuk guidance notes tentang bagaimana nak isi borang- tak tgk guidance pon takpe, borang dia straight forward jer.

3. Borang VAF 10
- Borang ini adalah untuk dependant.
-Kalo untuk ko kene isi
a) Tier 4 general student dependant patner
b) Tier 4 general student dependant child - 3 anak kene isi 3 borang

- Borang dependant nie boleh pening sikit.

4. Jangan lupa gambar nak kene ada...sorang satu...

5. Last sekali supporting document. Penting untuk ko bg selengkap-lengkapnya. Ada dalam clause in their policy kata kalo depa ada quiry tentang ko punya maklumat...depa akan panggil ko interview...kalo maklumat ok , depa tak akan interview pon....aku punya permohonan 2 hari sahaja depa proses.

Sekian itu sahaja buat masa nie.




Wednesday 27 July 2011

Visa UK

 Alamat ejen untuk memohon visa di Malaysia
Bermula pada 2 Mac 2011 semua pemohon Visa ke UK di Malaysia perlu memohon secara online. Borang visa online adalah lebih ringkas berbanding borang yang dimuat turun secara manual. Jadi Di sini aku ingin mengigatkan kepada semua yang ingin memohon visa ke UK, Jika anda merujuk kepada Guidance notes borang yang dimuat turun secara manual untuk mengisi borang online....kemungkinan untuk berlaku kekeliruan adalah tinggi.Terutamanya kepada pemohon yang membawa dependant. Cth Suami/isteri atau anak-anak.Jadi aku letakkan alamat dan no tel di atas supaya anda boleh menelefon visa helpline sekiranya anda mengalami kesulitan untuk mengisi borang online.

Wednesday 20 July 2011

Cara-cara untuk apply VISA ke UK Part II

Pintu Masuk VFS global untuk mohon visa ke UK
Untuk pelajar yang ingin memohon visa, di sinilah borangnya dihantar....VFS ini adalah agent yang dilantik oleh British High Commisioner utk uruskan hal2 permohonan Visa di Malaysia.

Cara-cara untuk apply VISA ke UK.

Dalam pada aku tengah menulis nie, sebenarnya permohonan VISA aku masih diproses . Belom diluluskan lagi, tapi mungkin untuk panduan aku, dan sementara aku masih lagi ingat..lebih baik aku tulis jugak. Lama aku study untuk apply visa nie..berbulan-bulan jugak..jenuh dah aku browse website VFS global dan UK border agency…selain daripada sumber rasmi di atas aku juga ada rujukan tidak rasmi...mungkin korang ada terbaca di atas…keluarga Dzul & Kaz. Diorang juga menjadi sumber rujukan aku untuk apply visa nie.

Episod Bermula Untuk Urusan Sambung Belajar

Masih dalam keadaan tak percaya aku boleh p sambung kat Luar Negara … walaumacammanapun aku harus uruskan segala sebagai persiapan aku utk menjadi pelajar…aku juga beruntung ada isteri yang sangat memahami….terima kasih yang! I LOVE YOU SOOOOOOO…..MUCH. Pergorbanan Sayang amat abang hargai.
Tak banyak yang aku boleh lakukan selepas mendapat tawaran daripada USM….Selepas mengisi borang perjanjian USM,  Aku hanya menunggu masa utuk apply visa….oleh sebab mengikut perancangan awal, aku sepatutnya menyambung pengajian aku tahun lepas…aku dah ada basic apa yg patut aku buat untuk mendapatkan visa…Cuma aku perlu updatekan diri dengan maklumat atau perubahan di dalam permohonan visa untuk belajar….semuanya aku rujuk kepada website UK border Agency….

22 June 2011 

Aku TERPAKSA menjalani kursus BTN. Aku tahu kalau sebut sahaja BTN sesiapa yang pernah menghadirinya akan tepuk kepala…macam aku jugak, repond pertama dari aku “ allamak kena p BTN la plak”. BTN untuk pelajar tajaan luar negara dibuat di Ulu Sepri…pernah dengar nama tu? Ha..ha..aku pon pertama kali dengar…nama macam ceruk rantau mana ntah?
Disebabkan orang rumah aku sangatlah mengabil berat, dan optimistic …dia tak bagi aku drive sesorang, aku terpaksa pergi ke kursus tu naik keretapi…tak percaya?...iye terpaksa naik ketapi….
Mula-mula rasa leceh jugak nak naik keratapi..maklumlah tak pernahnya naik ketapi....dah kene paksa dgn bini tersayang…hangin la jugak, tapi selepas bertegang urat gedebung gedebang….. macam biasa, aku kalah, jadi kene p jugak dgn ketapi . Apelah…ketapi pon ketapila……
 Murah jer tambangnyer..RM 45 sampai ke seremban. Ketapi bertolak dr Butterworth jam 8.00am sharp on time….sampai di Seremban pukul 3 petang, perut berkeroncong, maklumlah tak sempat sarapan…Satu masalah kat Negeri Sembilan nie pada aku ialah : makanan depa pedas2….dah la perot aku tak tahan pedas…bila makan pedas asyik nak memerot jeh!
Sampai sahaja di Seremban, aku perlu ke Rembau, mengikut perbualan aku dengan kakitangan BTN Ulu Sepri, Rembau dan Ulu Sepri tak jauh…lebih baik aku tidor di Rembau berbanding di Seremban..jadi aku naik bas merah henti2 ke Rembau dgan bayaran tiket RM 3 ringgit sahaja..pemandu dia ,masyaAllah merempit!
Dalam perjalanan ke Rembau aku ada perasan satu simpang bertulis Kem Bina Negara Ulu Sepri…tak der la ceruk sangat tempatnya!
Di Rembau aku tempah hotel…satu-satunya hotel yg ada di sana Hotel Rembau, murah jer sewanya..RM 50 per bilik, tapi jangan memain siap ada wifi dan astro lagi…Cuma perlu tambah RM 20 sahaja  untuk semua tue…for me just enough with basic, I really need to sleep. Aku bantai tidor daripada lepas magrib sampai ke Suboh, punya lama…Makanan tak menjadi masalah di situ…betul2 di tingkat bawah hotel ada restoran..tapi lupa dah namanya.
Aku sampai di Rembau awal sehari dr jadual…jadi kene bermalam di situ..besok pepagi ambik teksi dan terus ke Kem BTN….tambangnya hanya RM 20 shj.Murah!
Sampai sahaja di Kem BTN aku setkan objektif aku yang antara lainnya adalah untuk mencari org yang dah apply VISA ke UK…aku nak berguru….jadi korang semua mesti boleh bayang kan?..aku rasa akula org yang paling tak malu…aku p approach semua org dan tanya “nak pergi blajaq kat mana?” kalau jawapannyer ke UK , aku tanya lagi “Dah apply VISA ke blom?”. Seingat aku , lepas 34 orang aku approach, akhirnya aku jumpa jugak …so dapatlah aku tahu serba sedikit apa yang aku perlu buat untuk apply VISA.

Untuk geng2 BTN Ulu Sepri sessi 22/6/2011 – 27/6/2007..kerana koranglah aku rasakan kursus BTN yg aku pergi tue pppaaaaaalllllingg best!! TQ all.

Cabaran yg Aku hadapi dalam memohon duit kerajaan untuk sambung belajaq tahun 2011….Bukan senang tau!!

Masuk jer bulan januari 1 hb jan 2011 aku pon approach balik bos aku tentang status aku nak sambung blajaq tue….seingat aku dalam bulan 12 ada org dari HR call aku untuk ambik detail aku sambung belajaq…kata diorang nak masukkan dalam budget,..
                Aku ada tanya bos aku masa bulan 1 2011 tue..perlu ker aku gunakan tawaran yg aku dah dapat nie utk apply biasiswa daripada universiti lain yg ada offer kursus farmasi la kan? Mcm UIA ke, UiTM ker…tapi bos aku tue tak bagi….dia kata tunggu…aku fikir mungkin dia ada buat sesuatu…aku jugak ada hantar email kpd HR USM utk tanya status belajar aku…tapi senyap takder jawapan…masa tue aku dah tension tahap gaban dah….Hanya Allah jer yg tau…
                Mungkin berkat Doa’ , pertolongan daripada Allah sampai…tarikh keramat yang aku ingat sampai bila2….15 Januari 2011, aku dapat surat daripada HR universiti. Tajuk Surat tue Cuti Belajar Bergaji Penuh Berbiasiswa telah aku dapat, memang aku tak dapat tahan perasaan masa tue……!!
AKU SAYANG BOS AKU YANG BANYAK MENOLONG AKU UNTUK DAPATKAN APA YANG AKU DAPAT SEKARANG DAN AKU JUGA AMAT BERTERIMA KASIH KEPADA ALLAH YANG MAHA PEMURAH…..
Doa’ aku dimakbulkan….