Saturday 1 October 2011

London...Will never come here as a STUDENT

Kesimpulan aku....Kepada sesiapa yang DAH BERKELUARGA dengan ANAK 2 dan MISKIN macam aku, yang cuma mengharapkan duit kerajaan untuk sambung belajar...tak dak simpanan sebagai back up....baik hangpa semua fikir 1000x nak datang belajaq kat London....Kalau hangpa KAYA dan BANYAK DUIT...hangpa tak dak kene mengena dengan statement di atas....sekian

Awas!! Rumah di London untuk yang berkeluarga dan beranak kecil (2 orang) Part III

Yang ini pulak kesilapan aku mintak tolong ORANG MELAYU MALAYSIA kat London....ini kira aku dah buntu la masa nie....aku hantar mesej kat dia pon sebab dia cakap macam bagus la....nak tolong cari rumah, kenal dengan agent apa bagai semua dalam fb dia.......Mungkin aku yang bodoh hantar kat dia....pasai apa hantar?

"Assalamualaikum, saya Din, baru sampai sini 4 sept lepas.. tumpang umah kawan kat nottingham, sampai sekarang.. saya akan register as Master student selama setahun by coursework in analytical toxicology kat Kings college esok, then class mula on the coming monday . Datang dengan wife, anak2 (3yo+18 mo). depa saya tinggal kat Notts dulu sbb umah tak dapat lg. dok mencari daripada 10 sept hari tu, sampai sekarang, dok hanging lg. skrg dok deal dengan satu agen kat friern barnet, tp landlord plak tak bg kata putus sbb dia pun kena tanya bank pasal mortgage, so agen tak boleh proceed dengan reference. Masalah saya, masa kali pertama jumpa satu agen,yg lain drpd di atas, katanya, reference saya takleh lepas utk rumah >1100 pound dengan kewangan sekarang. Tak tahu pulak macam mana depa kira...depa mintak guarantor yang saya tak boleh provide sebab course saya full time course work, tak ada SV. Kalau saya nak sewa jugak rumah kat area london nie, saya kene bayar upfront sampai 6 bulan, tak termasuk 6minggu deposit, sebulan sewa dan admin fees...jadi sekarang nie tersangkut, dan tak tahu macam mana nak proceed untuk cari rumah....Kalau-kalau saudara boleh bantu kami untuk dapatkan satu rumah sewa dalam budget 1000-1100pcm...saya amatlah berterima kasih...tambah pulak bila dah attend kuliah 26/9/2011 nanti saya tak tahu masa ada ke tidak utk survey rumah...baca-baca katanya kuliah master nie pack...terima kasih."

Lepas 5 jam aku post message nie kat dia, dia update status wall, ....

""Kadang-kadang kena belajar susah jugak. Kalau tak belajar struggle serupalah dengan orang yang dok mengharap subsidi kerajaan atau benefit from UK govt. Mengharap buah gugur dari pokok tanpa memanjatnya atau mengaitnya mmg takkan ke mana. Kalau diberi kayu untuk mengait janganlah pulak buat tak tahu mengait, usahalah! Jgn pula macam org yg diberi betis nakkan paha. Itu dah lebih bro!"


then aku PM balik la kat dia macam kat bawah nie.....

Assalamualaikum saudara...saya nak buat sedikit pembetulan pada mesej di atas....mesej nie diberi oleh saya yg tgh kalut berebut dengan anak main komputer dan tak sempat review balik, anak2 dah tidur baru saya perasan. saya rasa perlukan sedikit perubahan atas gaya penulisan tue.......maaf diminta.sebenarnya bukan niat saya untuk meminta saudara mencarikan rumah tetapi, jika tidak menjadi masalah kpd saudara dan saudara tahu di kawasan tempat tinggal saudara ada rumah kosong yg ingin disewakan dalam budget 1000-1100 pcm sebulan harap2 saudara boleh mencadangkan kpd saya....harapannya adalah rezeki kami. Segala usaha yg saudara ambil untuk memberitahu kpd kami saya ucapkan berbanyak terima kasih. Maaf juga saya pinta jika mesej yang dihantar ini memberi kesusahan kepada saudara sekeluarga.

Immediately dapat reply.....

"Salam. Maaf saya tak sempat reply lagi msj ni. Tgh kalut. La ni pun dok dlm bas nak ke Paris :). Jalan2 makan angin.
Utk area rumah saya boleh check poskod w13,w7 atau w5 di mana2 property search engine. X salah saya Foxtons x perlukan guarantor tp mahal sket lah bayaran kat agennya."


Yo all, yo all je sebok kan.....ape korang rasa?

Awas!! Rumah di London untuk yang berkeluarga dan beranak kecil (2 orang) Part II

Almaklumlah aku sekarang sebagai student, jadik tak sempat aku nak tulis panjang-panjang..aku copy paste jer kan la aper yang aku dah tulis....


"Assalamualaikum  XXX.
Kawan yg saya tumpang rumah nie bawak saya p attend apointment untuk rumah yang nak disewa kat London tue, Kami drive dari Nottingham ke kawasan finchley , 2 jam tu, jauh...

Sebenarnya saya ada masalah besar, Saya nak mintak bantuan XXX...macam mana saya nak mula nie?....ok macam nie.

Dalam proses saya nak buat appointment utk rumah sewa kat London tu, sebenarnya saya ada jugak list rumah-rumah yang masih available utk saya view..saya carik rumah tu semua dalam website biasa org guna utk carik rumah di sini, saya cuba carik dalam website macam gumtree, findaproperty.com, rightmove uk, dan jugak dalam agent2 untuk private accommodation yang berdaftar dengan King’s College. Saya  jugak tanya rumah yg a.k.a non-profits-hostel cth Nansen Village, dan yang lain2, list ada dalam nie: http://www.londonmet.ac.uk/accommodation/international/hostel-lists/not-for-profit-hostels.cfm
 
Jadik banyak rumah yang saya jumpa, antara julat harga £1000-£1200 pound untuk flat dgn 2 bilik tidur. Kebanyakkan harga £1200 adalah fully furnished dan £1000 tue unfurnished  . Tak ada dalam jarak yang dekat , jarak perjalanan antara 45-minit ke 1 jam, overground train, tube atau bas. Semalam selain dari 2 rumah yg dekat North Finchley tue ada lebih 10 lagi agen lain yang saya pergi walk in view atau saya contact through email atau call…dah abis dah £100 untuk tel je …list agent tu

-          Bernard Marcus, P&R residential, Smart Homes estate, KFH (Kinleigh, Folkard & Hayward) letting agents, Penny & Lisa lettings and managements, JC international, Bairstow eves, Foxtons, Openhomes residential, Links letting, David Endrew estates, David Harris & co, 

Seblom dapat list yg atas tu pon saya ada call agent yg lain untuk tanya rumah, pertama depa akan tanya saya buat apa kat sini? Bila saya jawab student jer, depa akan tanya macam mana nak bayar? Saya kata saya ada gaji kat Malaysia dan ada separate elaun utk belajar…agen rumah kata lagi, U kene ada guarantor…kalau takde guarantor kene bayar pendahuluan utk 6 bulan termasuk 1 bulan sewa dan 6 minggu deposit….conversation setakat tue jer..agent tak brapa keen nak layan student yg takde guarantor..

Ok berbalik pd agent yang dalam list tu…

Semua yang dalam list tue tak terima saya utk sewa rumah diorang…sewanya harga dalam £1100 dan £1200….antara alasan depa bagi, utk reject saya

1.      Awak ada anak kecik, tuan rumah tak mau budak2
2.      Awak tak lepas reference (badan yg evaluate status student samaada mampu bayar atau tidak)…jadi kene ada guarantor,  takde guarantor awak tak boleh sewa 

Then last sekali ada nie agent Jeremy Leaf and Co..Cuma agent nie jer yang layan saya lebih baik dari agent2 yg kat atas tu semua….masa nie dah surrender dah..penat dari pagi sampai petang semua agent tak nak….saya dah rasa give up utk area Finchley tue..macam nak kene p cari area Heatrow ke atas tue dah…

Sewa rumah yang agent tu bagi £1000 sebulan, unfurnished…dia buat list down pada saya mcm kat bawah nie….

a)      First month rent in advance    £ 1001.00
b)      Deposit 6 weeks                      £ 1386.00
c)      Holding deposit                      £ 462.00  ( saya bayaq utk secure rumah)
d)     Total                                        £ 2165.00 (Jumlah yg saya kene bayar kalau saya ada guarantor)

Agent nie pon kata sama kat saya, dia kene buat references tentang saya dulu, kalau tak lepas reference saya kene ada guarantor…kalau saya tak boleh sediakan guarantor saya kene bayar pendahuluan sewa selama 6 bulan utk membolehkan saya duduk di rumah tu…semua agen ambik 6 bulan pendahuluan sebab, nak withhold kita duduk di UK dalam 6 bulan…mahkamah Cuma terima kes berkaitan sewa , mcm tak bayar sewa atau lari etc…kalau kita duduk di uk 6 bulan dan ke atas,
Saya tak leh carik guarantor..saya dah tanya international office King’s college, depa punya alasan, tak leh tolong sebab saya tak fully register lagi…Agent rumah jugak kata saya tak lepas references utk menyewa rumah , patutnya tahunan saya kene ada £31, 500 (tak tau depa kira mcm mana) utk saya mampu sewa rumah di sini…yg saya dpt dari USM elaun campoq gaji Cuma £27,000. Saya kene bayar 6 bulan yg agent-agent tue dok mintak….total keseluruhan jumlah saya kene bayar adalah
£6000 + £ 2165.00 = £8165.00
Sekarang Cash dalam tangan £ 4000 + dalam bank £2000 + kad kredit punya limit £ 2000 = £8000 kurang £165 lagi

Saya punya kelas start 26/9, register 23/9…sekarang dah 15/9..tinggal 1 minggu je lagi…Saya tak cukup masa utk buat urusan nak carik rumah lain dan buat urusan sewa rumah…menurut agent urusan seblom masuk rumah lebih kurang seminggu..saya tak mau bila dah belajar masih lagi tak dapat rumah…saya takut tak leh catch up dgn blajar..

Elaun masuk hujung bulan 11 …sekarang dah habis langsung duit utk belanja sampai masuk elaun akan datang…

Saya pon masih tak tau brapa yang saya patut spend utk travel tiap2 hari ke King’s dari sini…jarak masa dalam 1 jam 5 minit naik transport yg paling cepat..saya tgk google earth…
Sekarang dah takde duit utk belanja sebab dah habis utk buat sewa rumah….
Boleh tak kalau saya nak pinjam duit utk £ 2500 (dalam RM 12500-Banyaknyerr) utk blanja bulan 10 dan bulan 11, sementara tunggu elaun masuk, duit skarang dah habis langsung…nanti balik Malaysia saya pulang balik…boleh tak XXXX?

Saya yang malu tapi tak ada pilihan dah di United Kingdom.
Azaharudin”

Ini surat yang aku email pada sumber bantuan aku di Malaysia....

Awas!! Rumah di London untuk yang berkeluarga dan beranak kecil (2 orang)

Sampai sekarang aku masih tak dapat lagi untuk menyewa rumah di London....Tapi aku bersyukur kepada Allah yang Maha Pemurah kerana menemukan aku dengan 2 keluarga yang sangat banyak menolong.....Terima kasih kalian. Aku doa'kan kalian murah rezeki.....

Walaupon masih tak dapat rumah, aku nak kongsikan dengan kawan-kawan aku, Aku ulangi KAWAN-KAWAN aku, yang takdak kene mengena....STAY BACK and SHUT UP!, pengalaman mencari rumah di London semoga boleh menjadi iktibar kepada yang mahu mengambil ikhtibar...

Cari rumah kat London tak sama macam korang cari rumah kat Malaysia. Negara kita kalau nak carik rumah contact jer tuan rumah yang nak sewakan rumah, deal serba sikit lebih kurang then jadik la ko penyewa baru....kat London, MUSTAHIL BERLAKU.....

Lagi satu yang aku dapat ilmu, sampai kat London jangan korang jangka SEMUA BANGSA MELAYU MALAYSIA prihatin kat masalah korang.....walaupon diorang dengan mulut manis .....HIPOKRIT SEMUA TUE....pada mulanya memang aku ingat kita datang dari satu negara, satu tujuan untuk belajar, kita kongsi matlamat yang pada mata kasarnya sama...dan satu BANGSA, MELAYU....boleh la nak mintak tolong....kalau itu dalam fikiran korang baik korang buang jauh-jauh....dan tak payah berangan nak datang kat London nie...kita di London hidup sendiri2...Kalau korang tak kenal toksah la mintak tolong....yang kenal pon belom tentu nak tolong tau! dah la tak membantu kene sindir plak lagi....

Pengalaman aku mencari rumah
Sebagai seorang yang tak ada pengalaman di rantau orang sememangnya aku mengharapkan pertolongan dari kawan-kawan....aku tiba di London pada 3/9/2011. dan aku mula cari rumah pada 9/9/2011...aku sangka cari rumah di sini mudah! rupanya silap.

Pada permulaan pencarian, aku mulakan melalui laman web...yang aku masih ingat antaranya adalah laman web universiti UCL accomodation, findaproperty.com, rightmoves dan gumtree....banyak agen aku telefon dan banyak juga duit aku habiskan untuk bayaran bil telefon.....dalam anggaran £100, lebih kurang RM 500....dengan hasilnya....KOSONG!

Rasa aku lebih kurang 80-100 agen aku telefon di merata tempat kat London untuk tanya rumah...dan selepas berhari-hari mencuba dan gagal, akhirnya aku putuskan untuk mencari rumah di satu kawasan sahaja iaitu WOODSIDE PARK, itupun atas saranan kawan yang aku tak pernah kenal masa di Malaysia.Keluarga Azman...diorang keluarga Melayu ke-2 yang banyak tolong aku. Masa menulis blog ini, aku masih menumpang di rumah diorang.

Aku bertolak dari Nottigham pada 14/9/2011....dengan kawan , drive dari Nottingham lebih kurang 2 jam untuk sampai ke London....Masa tu aku dah dapat lebih kurang 10 agen rumah yang aku nak pergi tanya pasai rumah sewa....

Rumah per-1
Aku masih ingat nama rumah tue...BEECHOLME, rumah cantik, sewa 1100 pound, agen pulak minah salleh pakai baju kemain seksi...Phalin nama dia. Mula 2 sampai memang agen tue layan baik...bawak masuk tgk rumah ape semua, check facilities dan dah puas hati bincang pasal sewa.....Masa mula-mula bincang tue aku bodoh dan tak tau aper..maklumla first time, agen nie tanya la, datang sini buat apa? aku kata student, betul la kan sebab aku datang belajar...bila kata student agen tu dah macam acuh tak acuh jer nak layan.....dia tanya lagi, macam mana U nak bayar sewa nanti....aku kata la aku nie kerja, datang dapat gaji dari Malaysia...ada biasiswa lagi,..agen tue macam tak percaya la...dia kata kat aku, kalau aku nak sewa rumah kat London nie...aku kene sediakan guarantor....syarat guarantor kene kerja di UK, dan ada property di UK, gaji mestilah lebih daripada 32,000 setahun....aku jamin la, mesti korang rasa 32,000 pound tue sikit kan...... kat malaysia gaji aku pon dah lebih kurang RM50,000 setahun, chokkia punya jawatan la kira tue....

Kat sini 32,000 pound tu sebenarnya besar gile...macam kita kat Malaysia gaji RM 100, 000 ke atas setahun....cuba korang bayangkan sapa rasa-rasa korang boleh jadi aku punya guarantor....sape?....aci potong kuku pon takdak sapa yang sanggup tau!

Dah agen tu kata macam tu, aku jawab balik la....aku rasa aku boleh sediakan gurantor....then dia tanya lagi rumah nie untuk sapa?....aku kata untuk aku....tanya lagi...aku duduk dengan sapa lagi?...aku jawab ,bini dan 2 anak aku.....then dia kata....op! I don't think the landlord will accept children as tenants.....punya bangang jawapan..mana aku nak letak anak2 aku kalau aku sewa anak2 tak leh bawak.... kensel...

nie cerita baru mula beb! banyak lagi nak criter nie..blom masuk bab mintak tolong orang melayu yang kononya macam baik...pastu kene sindir, dah la tak membantu, sindir plak lagi.....sakit ati wooo..tapi aku tak kenal dia pon..mampuih p kat hang, balik Malaysia jangan la ko jumpa aku nak buat urusan..mampuih aku tak peduli....to be continue....