Saturday 1 October 2011

Awas!! Rumah di London untuk yang berkeluarga dan beranak kecil (2 orang)

Sampai sekarang aku masih tak dapat lagi untuk menyewa rumah di London....Tapi aku bersyukur kepada Allah yang Maha Pemurah kerana menemukan aku dengan 2 keluarga yang sangat banyak menolong.....Terima kasih kalian. Aku doa'kan kalian murah rezeki.....

Walaupon masih tak dapat rumah, aku nak kongsikan dengan kawan-kawan aku, Aku ulangi KAWAN-KAWAN aku, yang takdak kene mengena....STAY BACK and SHUT UP!, pengalaman mencari rumah di London semoga boleh menjadi iktibar kepada yang mahu mengambil ikhtibar...

Cari rumah kat London tak sama macam korang cari rumah kat Malaysia. Negara kita kalau nak carik rumah contact jer tuan rumah yang nak sewakan rumah, deal serba sikit lebih kurang then jadik la ko penyewa baru....kat London, MUSTAHIL BERLAKU.....

Lagi satu yang aku dapat ilmu, sampai kat London jangan korang jangka SEMUA BANGSA MELAYU MALAYSIA prihatin kat masalah korang.....walaupon diorang dengan mulut manis .....HIPOKRIT SEMUA TUE....pada mulanya memang aku ingat kita datang dari satu negara, satu tujuan untuk belajar, kita kongsi matlamat yang pada mata kasarnya sama...dan satu BANGSA, MELAYU....boleh la nak mintak tolong....kalau itu dalam fikiran korang baik korang buang jauh-jauh....dan tak payah berangan nak datang kat London nie...kita di London hidup sendiri2...Kalau korang tak kenal toksah la mintak tolong....yang kenal pon belom tentu nak tolong tau! dah la tak membantu kene sindir plak lagi....

Pengalaman aku mencari rumah
Sebagai seorang yang tak ada pengalaman di rantau orang sememangnya aku mengharapkan pertolongan dari kawan-kawan....aku tiba di London pada 3/9/2011. dan aku mula cari rumah pada 9/9/2011...aku sangka cari rumah di sini mudah! rupanya silap.

Pada permulaan pencarian, aku mulakan melalui laman web...yang aku masih ingat antaranya adalah laman web universiti UCL accomodation, findaproperty.com, rightmoves dan gumtree....banyak agen aku telefon dan banyak juga duit aku habiskan untuk bayaran bil telefon.....dalam anggaran £100, lebih kurang RM 500....dengan hasilnya....KOSONG!

Rasa aku lebih kurang 80-100 agen aku telefon di merata tempat kat London untuk tanya rumah...dan selepas berhari-hari mencuba dan gagal, akhirnya aku putuskan untuk mencari rumah di satu kawasan sahaja iaitu WOODSIDE PARK, itupun atas saranan kawan yang aku tak pernah kenal masa di Malaysia.Keluarga Azman...diorang keluarga Melayu ke-2 yang banyak tolong aku. Masa menulis blog ini, aku masih menumpang di rumah diorang.

Aku bertolak dari Nottigham pada 14/9/2011....dengan kawan , drive dari Nottingham lebih kurang 2 jam untuk sampai ke London....Masa tu aku dah dapat lebih kurang 10 agen rumah yang aku nak pergi tanya pasai rumah sewa....

Rumah per-1
Aku masih ingat nama rumah tue...BEECHOLME, rumah cantik, sewa 1100 pound, agen pulak minah salleh pakai baju kemain seksi...Phalin nama dia. Mula 2 sampai memang agen tue layan baik...bawak masuk tgk rumah ape semua, check facilities dan dah puas hati bincang pasal sewa.....Masa mula-mula bincang tue aku bodoh dan tak tau aper..maklumla first time, agen nie tanya la, datang sini buat apa? aku kata student, betul la kan sebab aku datang belajar...bila kata student agen tu dah macam acuh tak acuh jer nak layan.....dia tanya lagi, macam mana U nak bayar sewa nanti....aku kata la aku nie kerja, datang dapat gaji dari Malaysia...ada biasiswa lagi,..agen tue macam tak percaya la...dia kata kat aku, kalau aku nak sewa rumah kat London nie...aku kene sediakan guarantor....syarat guarantor kene kerja di UK, dan ada property di UK, gaji mestilah lebih daripada 32,000 setahun....aku jamin la, mesti korang rasa 32,000 pound tue sikit kan...... kat malaysia gaji aku pon dah lebih kurang RM50,000 setahun, chokkia punya jawatan la kira tue....

Kat sini 32,000 pound tu sebenarnya besar gile...macam kita kat Malaysia gaji RM 100, 000 ke atas setahun....cuba korang bayangkan sapa rasa-rasa korang boleh jadi aku punya guarantor....sape?....aci potong kuku pon takdak sapa yang sanggup tau!

Dah agen tu kata macam tu, aku jawab balik la....aku rasa aku boleh sediakan gurantor....then dia tanya lagi rumah nie untuk sapa?....aku kata untuk aku....tanya lagi...aku duduk dengan sapa lagi?...aku jawab ,bini dan 2 anak aku.....then dia kata....op! I don't think the landlord will accept children as tenants.....punya bangang jawapan..mana aku nak letak anak2 aku kalau aku sewa anak2 tak leh bawak.... kensel...

nie cerita baru mula beb! banyak lagi nak criter nie..blom masuk bab mintak tolong orang melayu yang kononya macam baik...pastu kene sindir, dah la tak membantu, sindir plak lagi.....sakit ati wooo..tapi aku tak kenal dia pon..mampuih p kat hang, balik Malaysia jangan la ko jumpa aku nak buat urusan..mampuih aku tak peduli....to be continue....

10 comments:

  1. Tengku stated:

    Ha tu hang baru kena sikit! Aku kena lagi melambak. Bukan saja satu negara. Dua negara aku kena. 1st masa kau belajaq di Australia dulu, dan ke 2 masa la ni kat London. Dua2 kena dengan bangsa sendiri. Kena lagi sempoi daripada hang. Sampai to the extend kena pulau terus. Yang kat Australia tu macam haram. Dekat sini, Melayu London yang aku kena bukan saja kena sindir, siap kena ngumpat dan fitnah lagi dibelakang aku. Depa reka cerita yang bukan-bukan pasal aku. kata aku anti Melayu lah, kata aku ambik kesempatan nak minta tolong kat Melayulah, sampailah kena buang kaum hahahaha...Aku rasa hang pun biasa dengaq cerita pasal aku dari versi depa. Ikut hang la kalau nak dengaq dan nak percaya. Tu la aku kata dulu jangan duk minta tolong apa kat depa. Minta kat Allah swt semangat supaya kita boleh buat semua sendiri. Aku bukn nak cakap besaq, tapi dari mula aku sampai sini sampai ke la ni setitik apa pun aku tak penah menyusahkan hidup depa. Aku berani cakap aku buat semua sendiri. Cuma aku tumpang rumah member 2 minggu saja. Tu pun aku tumpang sorang. Tak bawa family aku lagi. Aku usaha mai London dulu untuk caru rumah untuk family aku sebab aku tau aku tak akan usung family aku mai sini sebab nanti nak kena menumpang. Bila dah menumpang hang paham paham sajalah. Depa akan buat cerita lagi sedap. Lepas pada aku dapat rumah aku balik ke Msia baru angkut mai family aku. dua kali pi mai pi mai msia-Uk. Pasai aku tak mau menyusahkan Melayu. Sampai sini the 2nd time with my family trun saja dari airport aku terus sewa kereta dan terus bawa family aku masuk rumah yang kami sewa dekat South London ni. Jet leg pun tak dan habih lagi. Sampai macam tu sekali aku tak mau menyusahkan Melayu lagi. Dan aku buat decision nak duduk dekat south ni pasai dua sebab. 1) Pasai dekat dgn uni aku dan 2) Pasai aku nak duduk away from kampung Melayu. Bukan pasai sombong dan bukan pasai tak mau bercampuq dengan Melayu. Pasai aku nak belajaq berdikari dan tak mau bergantung kepada Melayu yang tak ikhlas pun. Alhamdulillah, sehingga la ni kehidupan aku dan family di South London ni sungguh bahagia, hidup di kalangan local, negro, mat saleh kafir. Bahagia sebab tak dak budaya mengumpat dan fitnah dan mengata kot belakang. Memang sempoi! Tapi, depa la ni dah buat cerita kata aku nak duduk south ni sebab aku sombong tak mau bermasyarakat dengan Melayu. Sah hang dah denganq cerita version ni kan?, yang pasai aku meluat Melayu ni. La ni, aku dah habaq kat hang sorang cerita sebenaqnya pasai apa aku nak duduk south ni far far away from kampung Melayu, dekat north ka, dekat Bayswater ka, pasai aku tak mau bergantung dan aku tak mau menyusahkan Melayu. Aku bukan anti Melayu, infact dekat south ni aku pernah tolong sorang mamat Melayu ni yang sesat dekat Brixton. Life dekat south ni dah 5 bulan aku duduk aku dah survey memang tak dak Melayu langsung setakat yang aku tau. Cuma ada sorang ja student Melayu duk kat Crystal Palace. Aku nak habaq kat hang Din, living a life jauh daripada kampung Melayu ni memang aku rasa everyday life aku sangat sihat dan ceria sebab tak dak virus penyakit kutuk mengutuk, mengumpat, memfitnah dan kutuk belakang, macam mana yang hang duk kena la ni. Kalau hang ada rezeki aku syorkan hang blah ja, cari tempat yang komuniti Islam tetapi bukan Melayu. Aku pasti hang akan lebih happy. Aku tau la ni hang mesti tak boleh lari drpd duk dengaq cerita orang. Betui dak? sebab aku jumpa hang hari tu last time pun aku nampak hang dah macam lesu. Aku kesian tengok hang Din. So, ingatlah Din, aku share dengan hang sorang saja ni, statement aku: AKU BUKAN ANTI DAN BUKAN BENCI MELAYU. Aku cuma nak buang sifat kebergantungan dan sifat menyusahkan orang . To care for them is to leave them. That's my belief! Kita pun dah lama tak contact. Dekat Msia dulu ok ja bila mai di sini macam dah renggang sikit. Hmmm i wonder why..

    ReplyDelete
  2. Tulah tengku, aku dok ingatkan bila kita datang sini utk belajar dan sama-sama pelajar susah dari malaysia...at least boleh la kita mintak tolong orang melayu london (benda nie specifik kat london je...aku p lepak Nottingham dekat sebulan ramai melayu ok,ok)...masa nak datang tu ada jugak aku kontek masyarakat melayu london, comunity through website....tapi depa reluctant nak tolong...lani, aku dok london aku buat stail melayu london..nampak melayu buat bodo jer...senyum tak, jeling pon tak...dah almost all melayu yg aku selisih macam tue..ok kan?

    ReplyDelete
  3. aku memula datang tue menumpang rumah satu staf doping USM. Aku dengar cerita yg dia kene laaaagi menusuk jiwa...hu..hu, susah la beb nak kontek2 kat sini...sibuk dgn coursework...tapi aku lani tinggal 3 bulan je nak lepak london nie..lps tu chowwww...bye-bye london.

    ReplyDelete
  4. patutlah sombong member saya belajar kat uk. melayu pandang acuh tak acuh je.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum
    Lepas baca cerita tuan rasa berdebar plak nk pi london.
    Erkk sampai mcm tu sekali ke.
    Btw end jan 2015 kami sekeluarga akan ke london n belum dpt rumah. Husband sambung acca di kaplan. N we hv 3 kids.. Boleh tuan advice mcm mana nk cari rumah or cntct person kat sana?
    Thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Pertamanya Tahniah kerana dapat menyambung pengajian ke London, bukan senang nak dapat tu.
      Cerita cari rumah di London tu cerita lama sebenarnya ,tahun 2011-2012. Masa tu dapat biasiswa Cuma 1700 pound sebulan, Cabarn yg saya tempuhi mungkin kena pd saya seorang je..orang lain mungkin mudah, ikut nasib la kan.
      Nak cari rumah di London untuk yg berfamily pada saya memang mencabar sebab, syarat council uk family with 2 children perlu menyewa rumah yg ada at least 2 bilik. tak boleh menyewa studio atau rmh yg tak de bilik atau 1 bilik. Housing agent pon tak kan bagi tenant yg ada family utk menyewa ikut suka kita. Jadi situasi saya, saya perlu menyewa rumah degan 2 bilik dan saya dapat 1 rumah 2 bilik di North Finchley dengan kos sewa 1200 pound sebulan. Kawasan 5 tu tak silap. Jarak dari kolej kalau naik tube 1 jam sehala…mahal sangat tapi tujelah pilihan yg ada. Masa suntuk tak dan nak carik yg lg murah dan nak pergi kuliah bagai. Saya ambik master by course . kuliah tak leh skip.
      Kalau nak senang, di London kena ada orang lain yg carik dulu rumah untuk kita…itupon kalau ada yg sanggup. Masalahnya ramainya yg tak sanggup sebab 1.susah kan..2. akan menyusahkan. lagi la kalau kita tak kenal langsung.Atau husband kena p sorang dan carik rumah lps tu baru isteri dan anak2 ikut. Jan tu winter…sejuk sangat. kalau tak ada tempat yg selesa takut blh kena asthma atau selsema ,demam teruk dsb.
      Kalau nak murah kena survey banyak tempat..masa kami p sana baru riot ,jadi keselamatan adalah pilihan utama. Kawasan yg saya sewa antara yg tidak termasuk dlm kawasan riot, jadik, mahal la harga.
      Dealing dgn agent housing melalui telefon tidak akan mendapat layanan langsung, kena p face to face. documentationnya macam nak beli rumah kat Malaysia kena ada agreement bagai.
      saya recommend cari housing agent yg boleh terima dokumen student antranya JAC strattons dan jugak Bairstow Eves.Kemudian baru cuba agent lain. Pilih kawasan dulu dan focus pd kawasan tu, rumah sewa di London selalu bertukar ganti. Kalau ada duit backup RM 30,000-RM 40 000. Kemungkinan cabaran tu akan rendah lagi.
      nak bagi kontek person …ummm agak susah juga sebab ramai yg saya kenal susah keluarganya..jadi nak menolong tu ikhlas payah sikit. Student postgrad Malaysian Hall tak layan dia lebih kpd undergrad saja, nak sewa bilik pon diutamakan student undergrad…bilik sewa tak ada utk family.
      kalau nak saya reply cepat boleh PM kef b saya search Pak Din Farmasi. ok?

      Delete
    2. 1700pound sebulan banyak tu. Boleh sangat untuk family anak 2

      Delete
  6. Assalamualaikum... cerita yg memberi pengajaran. saya baru bercadang nak berhijrah ke sana bersama keluarga. saya bersama ibu saya dn dua orang adik perempuan. saya dapat vacancies kat Wandsworth. memang saya dah check harga rumah sewa memang mahal walaupun kawasan Wandsworth tu cuma kota kecil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepada Cik Hidayah Omar,
      bole share sikit cara bagaimana nak mendapatkan vacancies di wandsworth, adakah melalui agent pekerjaan atau dari kawan2 yang kenal. mohon reply saya nuruljazlina@gmail.com

      Delete
  7. Assalaikualikum,
    Makcik nak cari bilik berdekatan UCL utk my son .Sapa boleh rekmen?

    tks

    ReplyDelete