Saturday 1 October 2011

London...Will never come here as a STUDENT

Kesimpulan aku....Kepada sesiapa yang DAH BERKELUARGA dengan ANAK 2 dan MISKIN macam aku, yang cuma mengharapkan duit kerajaan untuk sambung belajar...tak dak simpanan sebagai back up....baik hangpa semua fikir 1000x nak datang belajaq kat London....Kalau hangpa KAYA dan BANYAK DUIT...hangpa tak dak kene mengena dengan statement di atas....sekian

Awas!! Rumah di London untuk yang berkeluarga dan beranak kecil (2 orang) Part III

Yang ini pulak kesilapan aku mintak tolong ORANG MELAYU MALAYSIA kat London....ini kira aku dah buntu la masa nie....aku hantar mesej kat dia pon sebab dia cakap macam bagus la....nak tolong cari rumah, kenal dengan agent apa bagai semua dalam fb dia.......Mungkin aku yang bodoh hantar kat dia....pasai apa hantar?

"Assalamualaikum, saya Din, baru sampai sini 4 sept lepas.. tumpang umah kawan kat nottingham, sampai sekarang.. saya akan register as Master student selama setahun by coursework in analytical toxicology kat Kings college esok, then class mula on the coming monday . Datang dengan wife, anak2 (3yo+18 mo). depa saya tinggal kat Notts dulu sbb umah tak dapat lg. dok mencari daripada 10 sept hari tu, sampai sekarang, dok hanging lg. skrg dok deal dengan satu agen kat friern barnet, tp landlord plak tak bg kata putus sbb dia pun kena tanya bank pasal mortgage, so agen tak boleh proceed dengan reference. Masalah saya, masa kali pertama jumpa satu agen,yg lain drpd di atas, katanya, reference saya takleh lepas utk rumah >1100 pound dengan kewangan sekarang. Tak tahu pulak macam mana depa kira...depa mintak guarantor yang saya tak boleh provide sebab course saya full time course work, tak ada SV. Kalau saya nak sewa jugak rumah kat area london nie, saya kene bayar upfront sampai 6 bulan, tak termasuk 6minggu deposit, sebulan sewa dan admin fees...jadi sekarang nie tersangkut, dan tak tahu macam mana nak proceed untuk cari rumah....Kalau-kalau saudara boleh bantu kami untuk dapatkan satu rumah sewa dalam budget 1000-1100pcm...saya amatlah berterima kasih...tambah pulak bila dah attend kuliah 26/9/2011 nanti saya tak tahu masa ada ke tidak utk survey rumah...baca-baca katanya kuliah master nie pack...terima kasih."

Lepas 5 jam aku post message nie kat dia, dia update status wall, ....

""Kadang-kadang kena belajar susah jugak. Kalau tak belajar struggle serupalah dengan orang yang dok mengharap subsidi kerajaan atau benefit from UK govt. Mengharap buah gugur dari pokok tanpa memanjatnya atau mengaitnya mmg takkan ke mana. Kalau diberi kayu untuk mengait janganlah pulak buat tak tahu mengait, usahalah! Jgn pula macam org yg diberi betis nakkan paha. Itu dah lebih bro!"


then aku PM balik la kat dia macam kat bawah nie.....

Assalamualaikum saudara...saya nak buat sedikit pembetulan pada mesej di atas....mesej nie diberi oleh saya yg tgh kalut berebut dengan anak main komputer dan tak sempat review balik, anak2 dah tidur baru saya perasan. saya rasa perlukan sedikit perubahan atas gaya penulisan tue.......maaf diminta.sebenarnya bukan niat saya untuk meminta saudara mencarikan rumah tetapi, jika tidak menjadi masalah kpd saudara dan saudara tahu di kawasan tempat tinggal saudara ada rumah kosong yg ingin disewakan dalam budget 1000-1100 pcm sebulan harap2 saudara boleh mencadangkan kpd saya....harapannya adalah rezeki kami. Segala usaha yg saudara ambil untuk memberitahu kpd kami saya ucapkan berbanyak terima kasih. Maaf juga saya pinta jika mesej yang dihantar ini memberi kesusahan kepada saudara sekeluarga.

Immediately dapat reply.....

"Salam. Maaf saya tak sempat reply lagi msj ni. Tgh kalut. La ni pun dok dlm bas nak ke Paris :). Jalan2 makan angin.
Utk area rumah saya boleh check poskod w13,w7 atau w5 di mana2 property search engine. X salah saya Foxtons x perlukan guarantor tp mahal sket lah bayaran kat agennya."


Yo all, yo all je sebok kan.....ape korang rasa?

Awas!! Rumah di London untuk yang berkeluarga dan beranak kecil (2 orang) Part II

Almaklumlah aku sekarang sebagai student, jadik tak sempat aku nak tulis panjang-panjang..aku copy paste jer kan la aper yang aku dah tulis....


"Assalamualaikum  XXX.
Kawan yg saya tumpang rumah nie bawak saya p attend apointment untuk rumah yang nak disewa kat London tue, Kami drive dari Nottingham ke kawasan finchley , 2 jam tu, jauh...

Sebenarnya saya ada masalah besar, Saya nak mintak bantuan XXX...macam mana saya nak mula nie?....ok macam nie.

Dalam proses saya nak buat appointment utk rumah sewa kat London tu, sebenarnya saya ada jugak list rumah-rumah yang masih available utk saya view..saya carik rumah tu semua dalam website biasa org guna utk carik rumah di sini, saya cuba carik dalam website macam gumtree, findaproperty.com, rightmove uk, dan jugak dalam agent2 untuk private accommodation yang berdaftar dengan King’s College. Saya  jugak tanya rumah yg a.k.a non-profits-hostel cth Nansen Village, dan yang lain2, list ada dalam nie: http://www.londonmet.ac.uk/accommodation/international/hostel-lists/not-for-profit-hostels.cfm
 
Jadik banyak rumah yang saya jumpa, antara julat harga £1000-£1200 pound untuk flat dgn 2 bilik tidur. Kebanyakkan harga £1200 adalah fully furnished dan £1000 tue unfurnished  . Tak ada dalam jarak yang dekat , jarak perjalanan antara 45-minit ke 1 jam, overground train, tube atau bas. Semalam selain dari 2 rumah yg dekat North Finchley tue ada lebih 10 lagi agen lain yang saya pergi walk in view atau saya contact through email atau call…dah abis dah £100 untuk tel je …list agent tu

-          Bernard Marcus, P&R residential, Smart Homes estate, KFH (Kinleigh, Folkard & Hayward) letting agents, Penny & Lisa lettings and managements, JC international, Bairstow eves, Foxtons, Openhomes residential, Links letting, David Endrew estates, David Harris & co, 

Seblom dapat list yg atas tu pon saya ada call agent yg lain untuk tanya rumah, pertama depa akan tanya saya buat apa kat sini? Bila saya jawab student jer, depa akan tanya macam mana nak bayar? Saya kata saya ada gaji kat Malaysia dan ada separate elaun utk belajar…agen rumah kata lagi, U kene ada guarantor…kalau takde guarantor kene bayar pendahuluan utk 6 bulan termasuk 1 bulan sewa dan 6 minggu deposit….conversation setakat tue jer..agent tak brapa keen nak layan student yg takde guarantor..

Ok berbalik pd agent yang dalam list tu…

Semua yang dalam list tue tak terima saya utk sewa rumah diorang…sewanya harga dalam £1100 dan £1200….antara alasan depa bagi, utk reject saya

1.      Awak ada anak kecik, tuan rumah tak mau budak2
2.      Awak tak lepas reference (badan yg evaluate status student samaada mampu bayar atau tidak)…jadi kene ada guarantor,  takde guarantor awak tak boleh sewa 

Then last sekali ada nie agent Jeremy Leaf and Co..Cuma agent nie jer yang layan saya lebih baik dari agent2 yg kat atas tu semua….masa nie dah surrender dah..penat dari pagi sampai petang semua agent tak nak….saya dah rasa give up utk area Finchley tue..macam nak kene p cari area Heatrow ke atas tue dah…

Sewa rumah yang agent tu bagi £1000 sebulan, unfurnished…dia buat list down pada saya mcm kat bawah nie….

a)      First month rent in advance    £ 1001.00
b)      Deposit 6 weeks                      £ 1386.00
c)      Holding deposit                      £ 462.00  ( saya bayaq utk secure rumah)
d)     Total                                        £ 2165.00 (Jumlah yg saya kene bayar kalau saya ada guarantor)

Agent nie pon kata sama kat saya, dia kene buat references tentang saya dulu, kalau tak lepas reference saya kene ada guarantor…kalau saya tak boleh sediakan guarantor saya kene bayar pendahuluan sewa selama 6 bulan utk membolehkan saya duduk di rumah tu…semua agen ambik 6 bulan pendahuluan sebab, nak withhold kita duduk di UK dalam 6 bulan…mahkamah Cuma terima kes berkaitan sewa , mcm tak bayar sewa atau lari etc…kalau kita duduk di uk 6 bulan dan ke atas,
Saya tak leh carik guarantor..saya dah tanya international office King’s college, depa punya alasan, tak leh tolong sebab saya tak fully register lagi…Agent rumah jugak kata saya tak lepas references utk menyewa rumah , patutnya tahunan saya kene ada £31, 500 (tak tau depa kira mcm mana) utk saya mampu sewa rumah di sini…yg saya dpt dari USM elaun campoq gaji Cuma £27,000. Saya kene bayar 6 bulan yg agent-agent tue dok mintak….total keseluruhan jumlah saya kene bayar adalah
£6000 + £ 2165.00 = £8165.00
Sekarang Cash dalam tangan £ 4000 + dalam bank £2000 + kad kredit punya limit £ 2000 = £8000 kurang £165 lagi

Saya punya kelas start 26/9, register 23/9…sekarang dah 15/9..tinggal 1 minggu je lagi…Saya tak cukup masa utk buat urusan nak carik rumah lain dan buat urusan sewa rumah…menurut agent urusan seblom masuk rumah lebih kurang seminggu..saya tak mau bila dah belajar masih lagi tak dapat rumah…saya takut tak leh catch up dgn blajar..

Elaun masuk hujung bulan 11 …sekarang dah habis langsung duit utk belanja sampai masuk elaun akan datang…

Saya pon masih tak tau brapa yang saya patut spend utk travel tiap2 hari ke King’s dari sini…jarak masa dalam 1 jam 5 minit naik transport yg paling cepat..saya tgk google earth…
Sekarang dah takde duit utk belanja sebab dah habis utk buat sewa rumah….
Boleh tak kalau saya nak pinjam duit utk £ 2500 (dalam RM 12500-Banyaknyerr) utk blanja bulan 10 dan bulan 11, sementara tunggu elaun masuk, duit skarang dah habis langsung…nanti balik Malaysia saya pulang balik…boleh tak XXXX?

Saya yang malu tapi tak ada pilihan dah di United Kingdom.
Azaharudin”

Ini surat yang aku email pada sumber bantuan aku di Malaysia....

Awas!! Rumah di London untuk yang berkeluarga dan beranak kecil (2 orang)

Sampai sekarang aku masih tak dapat lagi untuk menyewa rumah di London....Tapi aku bersyukur kepada Allah yang Maha Pemurah kerana menemukan aku dengan 2 keluarga yang sangat banyak menolong.....Terima kasih kalian. Aku doa'kan kalian murah rezeki.....

Walaupon masih tak dapat rumah, aku nak kongsikan dengan kawan-kawan aku, Aku ulangi KAWAN-KAWAN aku, yang takdak kene mengena....STAY BACK and SHUT UP!, pengalaman mencari rumah di London semoga boleh menjadi iktibar kepada yang mahu mengambil ikhtibar...

Cari rumah kat London tak sama macam korang cari rumah kat Malaysia. Negara kita kalau nak carik rumah contact jer tuan rumah yang nak sewakan rumah, deal serba sikit lebih kurang then jadik la ko penyewa baru....kat London, MUSTAHIL BERLAKU.....

Lagi satu yang aku dapat ilmu, sampai kat London jangan korang jangka SEMUA BANGSA MELAYU MALAYSIA prihatin kat masalah korang.....walaupon diorang dengan mulut manis .....HIPOKRIT SEMUA TUE....pada mulanya memang aku ingat kita datang dari satu negara, satu tujuan untuk belajar, kita kongsi matlamat yang pada mata kasarnya sama...dan satu BANGSA, MELAYU....boleh la nak mintak tolong....kalau itu dalam fikiran korang baik korang buang jauh-jauh....dan tak payah berangan nak datang kat London nie...kita di London hidup sendiri2...Kalau korang tak kenal toksah la mintak tolong....yang kenal pon belom tentu nak tolong tau! dah la tak membantu kene sindir plak lagi....

Pengalaman aku mencari rumah
Sebagai seorang yang tak ada pengalaman di rantau orang sememangnya aku mengharapkan pertolongan dari kawan-kawan....aku tiba di London pada 3/9/2011. dan aku mula cari rumah pada 9/9/2011...aku sangka cari rumah di sini mudah! rupanya silap.

Pada permulaan pencarian, aku mulakan melalui laman web...yang aku masih ingat antaranya adalah laman web universiti UCL accomodation, findaproperty.com, rightmoves dan gumtree....banyak agen aku telefon dan banyak juga duit aku habiskan untuk bayaran bil telefon.....dalam anggaran £100, lebih kurang RM 500....dengan hasilnya....KOSONG!

Rasa aku lebih kurang 80-100 agen aku telefon di merata tempat kat London untuk tanya rumah...dan selepas berhari-hari mencuba dan gagal, akhirnya aku putuskan untuk mencari rumah di satu kawasan sahaja iaitu WOODSIDE PARK, itupun atas saranan kawan yang aku tak pernah kenal masa di Malaysia.Keluarga Azman...diorang keluarga Melayu ke-2 yang banyak tolong aku. Masa menulis blog ini, aku masih menumpang di rumah diorang.

Aku bertolak dari Nottigham pada 14/9/2011....dengan kawan , drive dari Nottingham lebih kurang 2 jam untuk sampai ke London....Masa tu aku dah dapat lebih kurang 10 agen rumah yang aku nak pergi tanya pasai rumah sewa....

Rumah per-1
Aku masih ingat nama rumah tue...BEECHOLME, rumah cantik, sewa 1100 pound, agen pulak minah salleh pakai baju kemain seksi...Phalin nama dia. Mula 2 sampai memang agen tue layan baik...bawak masuk tgk rumah ape semua, check facilities dan dah puas hati bincang pasal sewa.....Masa mula-mula bincang tue aku bodoh dan tak tau aper..maklumla first time, agen nie tanya la, datang sini buat apa? aku kata student, betul la kan sebab aku datang belajar...bila kata student agen tu dah macam acuh tak acuh jer nak layan.....dia tanya lagi, macam mana U nak bayar sewa nanti....aku kata la aku nie kerja, datang dapat gaji dari Malaysia...ada biasiswa lagi,..agen tue macam tak percaya la...dia kata kat aku, kalau aku nak sewa rumah kat London nie...aku kene sediakan guarantor....syarat guarantor kene kerja di UK, dan ada property di UK, gaji mestilah lebih daripada 32,000 setahun....aku jamin la, mesti korang rasa 32,000 pound tue sikit kan...... kat malaysia gaji aku pon dah lebih kurang RM50,000 setahun, chokkia punya jawatan la kira tue....

Kat sini 32,000 pound tu sebenarnya besar gile...macam kita kat Malaysia gaji RM 100, 000 ke atas setahun....cuba korang bayangkan sapa rasa-rasa korang boleh jadi aku punya guarantor....sape?....aci potong kuku pon takdak sapa yang sanggup tau!

Dah agen tu kata macam tu, aku jawab balik la....aku rasa aku boleh sediakan gurantor....then dia tanya lagi rumah nie untuk sapa?....aku kata untuk aku....tanya lagi...aku duduk dengan sapa lagi?...aku jawab ,bini dan 2 anak aku.....then dia kata....op! I don't think the landlord will accept children as tenants.....punya bangang jawapan..mana aku nak letak anak2 aku kalau aku sewa anak2 tak leh bawak.... kensel...

nie cerita baru mula beb! banyak lagi nak criter nie..blom masuk bab mintak tolong orang melayu yang kononya macam baik...pastu kene sindir, dah la tak membantu, sindir plak lagi.....sakit ati wooo..tapi aku tak kenal dia pon..mampuih p kat hang, balik Malaysia jangan la ko jumpa aku nak buat urusan..mampuih aku tak peduli....to be continue....

Tuesday 27 September 2011

Humairaq & nasyid 25 Rasul...

Tetiba teringat kat humairaq tgh nyanyi lagu nasyid 25 rasul, masa ni kitorang baru 2-3 hari pasang Cd ni dalam keta.. so, mmg dia tak ingat kesemua 25 Rasul tu:


Adam Idris Nuh Hud Solleh Ibrahim Lut Ismail

Ishak Yaakub Yusuf Ayyub Syuib Musa AZAHARUDIN....

HAHAHAHAHA... pecah perut aku ketawa ngan ayah dia!!!
Skali nama bapak da dalam senarai 25 rasul tu....

Setiap kali aku ingat @ citer kat org.. aku still rasa nak ketawa guling2....cemana la dia ingat nama ayah dia dalam lirik tu....

dia AS

Ape kabar orang London? (Dia As)

Salam org jauh.. seronok dok London? tu la soklan 1st yg slalu ditanya kawan2 kat M'sia... Mesti korang rasa kitorang seronok kat sini..hehehehe( bleh senyum je la) Kalo masa kat M'sia mmg excited nak datang cni...( walaupun hakikatnya din je yg ada dah kat London, kami bertiga still kat Nottingham). Ingat mai awal, bleh la dapat umah awal, tapi ya ampuuunnnnn... SUSAHNYA NAK CARI RUMAH SEWA KAT LONDON!!!..maybe utk couple @single, takde la masalah sgt.. tp utk yg ada anak2...agak sukar...
  
Kat Penang International Airport
Kitorang sampai sini hari Raya ke4 lagi.. 3 Sept 2011.. pepagi lagi dalam kul 5.30 pg waktu London..landed kat Heathrow... alhamdulillah... pepagi ni.. kastam & imigresen dia mmg tak bangun tido lg(agaknya la, esp kastam) sbb ada sorang je yg jaga.. so selamat le segala rempah ratus & bekalan makanan yg aku packed dari M'sia..alhamdulillah..aku dah risau dah depa tauk buang...yang best satu lg kat UK ni, depa very concern ngan bebudak.. nampak je kita ada bawak budak, depa bg keutamaan.. so, takde la lama kena tunggu depan imigresen tu.. pastu masuk plak bilik kesihatan.. biasanya utk org2 dari Asia ni mmg kena masuk situ.. declare kita takde penyakit berjangkit..hohoho... lama gak la sangkut kat ctu... dah la minah saleh yg jaga pg tu agak moody... abih dimarahnya student dari Msia (rasanya satu flight ngan kitorang) sbb tak bawak Xray film ngan surat tawaran Uni dia... salah budak tu gak kan? sape suh take for granted... seb baik tak disuruh balik p msia semula..Din yg dok berurusan ngan minah saleh tu... walaupun tune dia still lg tinggi, tp dia takde la marah2..sbb kitorg bawak segala dokumen yg diminta..siap bleh borak2 lg...minah tu pun mintak medical report, pasport..surat tawaran uni..yg penting dia nk tgk report bhgn xray.. takut ada TB kot....lps tu bila dia dah approve, pi balik kat imigresen ..kaunter paling dekat dengan health screening room tu.. dah abih tu, pi tunggu bag plak....jalan sket baru lalu kat bhgn kastam..baru jumpa pintu kuar.

Kuar je pintu arrival, tadaaa.... muka Dzul Azri dah terpampang kat depan... ALHAMDULILLAH...(sian dia, bertolak dari Notts kul 4.30pg lagi..thanks a lot friend! hanya Allah yg dapat balas jasa kalian sekeluarga).... ada lg 2 jam perjalanan ke notts plak...alamak... muat ke barang kitorang yg 4 beg tu masuk keta Dzul?   Korang rasa?

Sunday 31 July 2011

Bagaimana memohon visa ke UK

Untuk memudahkan aku, aku copy and pastekan sahaja communication aku dgn member tentang cara nak apply visa nie.


Salam,

Ok....perkara pertama adalah website rasmi untuk rujukan....Aku dah try attached policy guidance yang berkaitan dan penting utk ko baca....tapi email tak leh send.

1.  http://www.vfs-uk-my.com/ 
Website kat atas nie utk VFS (Malaysia) SDN BHD atau juga dikenali sebagai VFS global ; Ini kira agen yang akan uruskan semua jenis permohonan visa ke UK di Malaysia.

2.http://www.ukvisas.gov.uk/en/
Yang ini pula adalah website rasmi imegresen UK.

Secara asasnya permohonan visa ke UK dibahagikan kepada 2 jenis.....

a) Non-points based system
b) Points Based system

Dalam ponits based system ada banyak lagi jenis jenis visanya daripd PBS tier 1 sampai la PBS tier 5 etc....pelajar macam kita adalah di bawah PBS tier 4.

Ada policy guidancenya seperti di bawah

http://www.ukba.homeoffice.gov.uk/sitecontent/applicationforms/pbs/Tier4migrantguidance1.pdf

Tier 4 atau pelajar yang bawak family member atau dependant ada policy guidance yang lain, link dekat bawah....

 http://www.ukba.homeoffice.gov.uk/sitecontent/applicationforms/pbs/pbsdependantspolicy1.pdf

Semua policy nie ko boleh cari dalam 2 website yang aku dah bg kat ko memula sekali.

OK, secara ringkas,

Pelajar yang ingin memohon visa ke uk nak kene ada beberapa documen penting dulu ....ini kira syarat wajib lah..

1. CAS Number
2. Surat scholarship
3. ATAS clearance untuk bidang sains dan teknology- ATAS nie aku cadangkan ko call kak warsu...no dia, 016-3586722. Aku tak kene aplly. Jadi tak tau sangat pasal ATAS clearance nie.

1 dan 2 tu memberikan ko 40 points dan ATAS tue tak dak points tapi British High Comm akan mintak kalo ko nak apply visa nanti.


Berkenaan borang yang perlu ko isi untuk memohon visa.

Ada 3 jenis borang yang perlu pemohon isi

1.Appendix 8 (Self assessment form)
Borang ini ko kene download manually dan isi. Hanya main applicant sahaja yang perlu isi, dependant tak payah.

2. Borang VAF 9 Main applicant application form
Borang ini kene isi online. Untuk dapat idea ko boleh je rujuk guidance notes tentang bagaimana nak isi borang- tak tgk guidance pon takpe, borang dia straight forward jer.

3. Borang VAF 10
- Borang ini adalah untuk dependant.
-Kalo untuk ko kene isi
a) Tier 4 general student dependant patner
b) Tier 4 general student dependant child - 3 anak kene isi 3 borang

- Borang dependant nie boleh pening sikit.

4. Jangan lupa gambar nak kene ada...sorang satu...

5. Last sekali supporting document. Penting untuk ko bg selengkap-lengkapnya. Ada dalam clause in their policy kata kalo depa ada quiry tentang ko punya maklumat...depa akan panggil ko interview...kalo maklumat ok , depa tak akan interview pon....aku punya permohonan 2 hari sahaja depa proses.

Sekian itu sahaja buat masa nie.




Wednesday 27 July 2011

Visa UK

 Alamat ejen untuk memohon visa di Malaysia
Bermula pada 2 Mac 2011 semua pemohon Visa ke UK di Malaysia perlu memohon secara online. Borang visa online adalah lebih ringkas berbanding borang yang dimuat turun secara manual. Jadi Di sini aku ingin mengigatkan kepada semua yang ingin memohon visa ke UK, Jika anda merujuk kepada Guidance notes borang yang dimuat turun secara manual untuk mengisi borang online....kemungkinan untuk berlaku kekeliruan adalah tinggi.Terutamanya kepada pemohon yang membawa dependant. Cth Suami/isteri atau anak-anak.Jadi aku letakkan alamat dan no tel di atas supaya anda boleh menelefon visa helpline sekiranya anda mengalami kesulitan untuk mengisi borang online.

Wednesday 20 July 2011

Cara-cara untuk apply VISA ke UK Part II

Pintu Masuk VFS global untuk mohon visa ke UK
Untuk pelajar yang ingin memohon visa, di sinilah borangnya dihantar....VFS ini adalah agent yang dilantik oleh British High Commisioner utk uruskan hal2 permohonan Visa di Malaysia.

Cara-cara untuk apply VISA ke UK.

Dalam pada aku tengah menulis nie, sebenarnya permohonan VISA aku masih diproses . Belom diluluskan lagi, tapi mungkin untuk panduan aku, dan sementara aku masih lagi ingat..lebih baik aku tulis jugak. Lama aku study untuk apply visa nie..berbulan-bulan jugak..jenuh dah aku browse website VFS global dan UK border agency…selain daripada sumber rasmi di atas aku juga ada rujukan tidak rasmi...mungkin korang ada terbaca di atas…keluarga Dzul & Kaz. Diorang juga menjadi sumber rujukan aku untuk apply visa nie.