Wednesday 20 July 2011

Cabaran yg Aku hadapi dalam memohon duit kerajaan untuk sambung belajaq….Bukan senang tau!! Part 2

Bila dah selesai permohonan oline, aku kene buat second prosedur plak…cari biasiswa untuk tamping kos pemngajian aku…aku nak skip part nie, biar aku sorang jer la yang tahu pahit maung nak mintak duit org nie…kalau aku citerkan takut akan ada yg terasa dan berkecil hati dgn ngomelan aku….
Part nie aku bagi rumusan jer…
Bila dah approach, Vice Canselor USM, pas tue approach org2 yg di pejabat canselori akhirnya aku dapat masuk dalam meeting..depa panggil meeting jawatankuasa Universiti untuk tentukan aku dapat duit sambung blajaq ker tak…aku ingat lagi masa tue dalam bulan 8/2010, tarikh nak register course adalah 25/9/2010..punya dah dekat dengan dateline….
Keputusan meeting: Universiti Sains Malaysia bagi aku sambung belajar di bawah tabung belajaq staff dan bukan di bawah skim ASTS….panel punya reason adalah untuk memastikan kebajikan aku terjaga..macam mana plak tu?
Kata panel university tue…kalau aku p sambung blajaq dgn skim ASTS aku kene berhenti kerja…sayang, aku akan hilang jawatan, kalau aku fail MSC (fail tue: tak sanggup dengar) aku dah takder kerja..jadi lebih baik aku sambng di bawah tabung Cuti belajar Staff Pentadbiran dan Profesional . Baik kan hati diorg semua tu.
 Lepas meeting kena tunggu depa check duit ada ker tak!......tunggu punya tunggu dgn follow up semua, banyak gak la yg aku follow up..rasa aku, nama aku dah disenarai hitam kot kat bangunan canselori tue…jenis org yg push2…so depa kluarkan surat tawaran. Nak tau tajuk surat tue…Tawaran Cuti Belajar bergaji penoh Tanpa Biasiswa..tulah tajuk surat tue…so, disebabkan USM takde duit , budget dah abis…terpaksalah aku defer study aku ke tahun 2011. Seddeyyy…aku ingat aku dah takder harapan lagi…sebabnya USM atau KPT tak galakkan student utk buat Master degree di Luar Negara…priority adalah dalam negara…. jangan lupa yang follow up tu jugak bos aku yg sokong aku pon buat …. hummmm….lepas dapat surat tawaran yang macam tue aku consult jugak bos aku tue..dia pon macam ada perasaan kecewa sikit…tapi masih lagi di kata kat aku..”takper You contact King’s ,kata nak defer setahon”…aku pon contact la prog leader kat King’s dan depa approve aku nyer permohonan. Aku jugak rasa dah sangat-sangat down masa tue….
Pejam celik pejam celik maka masukklah tahun 2011.

No comments:

Post a Comment