Wednesday 20 July 2011

Episod Bermula Untuk Urusan Sambung Belajar

Masih dalam keadaan tak percaya aku boleh p sambung kat Luar Negara … walaumacammanapun aku harus uruskan segala sebagai persiapan aku utk menjadi pelajar…aku juga beruntung ada isteri yang sangat memahami….terima kasih yang! I LOVE YOU SOOOOOOO…..MUCH. Pergorbanan Sayang amat abang hargai.
Tak banyak yang aku boleh lakukan selepas mendapat tawaran daripada USM….Selepas mengisi borang perjanjian USM,  Aku hanya menunggu masa utuk apply visa….oleh sebab mengikut perancangan awal, aku sepatutnya menyambung pengajian aku tahun lepas…aku dah ada basic apa yg patut aku buat untuk mendapatkan visa…Cuma aku perlu updatekan diri dengan maklumat atau perubahan di dalam permohonan visa untuk belajar….semuanya aku rujuk kepada website UK border Agency….

22 June 2011 

Aku TERPAKSA menjalani kursus BTN. Aku tahu kalau sebut sahaja BTN sesiapa yang pernah menghadirinya akan tepuk kepala…macam aku jugak, repond pertama dari aku “ allamak kena p BTN la plak”. BTN untuk pelajar tajaan luar negara dibuat di Ulu Sepri…pernah dengar nama tu? Ha..ha..aku pon pertama kali dengar…nama macam ceruk rantau mana ntah?
Disebabkan orang rumah aku sangatlah mengabil berat, dan optimistic …dia tak bagi aku drive sesorang, aku terpaksa pergi ke kursus tu naik keretapi…tak percaya?...iye terpaksa naik ketapi….
Mula-mula rasa leceh jugak nak naik keratapi..maklumlah tak pernahnya naik ketapi....dah kene paksa dgn bini tersayang…hangin la jugak, tapi selepas bertegang urat gedebung gedebang….. macam biasa, aku kalah, jadi kene p jugak dgn ketapi . Apelah…ketapi pon ketapila……
 Murah jer tambangnyer..RM 45 sampai ke seremban. Ketapi bertolak dr Butterworth jam 8.00am sharp on time….sampai di Seremban pukul 3 petang, perut berkeroncong, maklumlah tak sempat sarapan…Satu masalah kat Negeri Sembilan nie pada aku ialah : makanan depa pedas2….dah la perot aku tak tahan pedas…bila makan pedas asyik nak memerot jeh!
Sampai sahaja di Seremban, aku perlu ke Rembau, mengikut perbualan aku dengan kakitangan BTN Ulu Sepri, Rembau dan Ulu Sepri tak jauh…lebih baik aku tidor di Rembau berbanding di Seremban..jadi aku naik bas merah henti2 ke Rembau dgan bayaran tiket RM 3 ringgit sahaja..pemandu dia ,masyaAllah merempit!
Dalam perjalanan ke Rembau aku ada perasan satu simpang bertulis Kem Bina Negara Ulu Sepri…tak der la ceruk sangat tempatnya!
Di Rembau aku tempah hotel…satu-satunya hotel yg ada di sana Hotel Rembau, murah jer sewanya..RM 50 per bilik, tapi jangan memain siap ada wifi dan astro lagi…Cuma perlu tambah RM 20 sahaja  untuk semua tue…for me just enough with basic, I really need to sleep. Aku bantai tidor daripada lepas magrib sampai ke Suboh, punya lama…Makanan tak menjadi masalah di situ…betul2 di tingkat bawah hotel ada restoran..tapi lupa dah namanya.
Aku sampai di Rembau awal sehari dr jadual…jadi kene bermalam di situ..besok pepagi ambik teksi dan terus ke Kem BTN….tambangnya hanya RM 20 shj.Murah!
Sampai sahaja di Kem BTN aku setkan objektif aku yang antara lainnya adalah untuk mencari org yang dah apply VISA ke UK…aku nak berguru….jadi korang semua mesti boleh bayang kan?..aku rasa akula org yang paling tak malu…aku p approach semua org dan tanya “nak pergi blajaq kat mana?” kalau jawapannyer ke UK , aku tanya lagi “Dah apply VISA ke blom?”. Seingat aku , lepas 34 orang aku approach, akhirnya aku jumpa jugak …so dapatlah aku tahu serba sedikit apa yang aku perlu buat untuk apply VISA.

Untuk geng2 BTN Ulu Sepri sessi 22/6/2011 – 27/6/2007..kerana koranglah aku rasakan kursus BTN yg aku pergi tue pppaaaaaalllllingg best!! TQ all.

2 comments:

  1. salam ,dinas .nk tnya bley x?dinas check in hotel nama pa ea ?

    ReplyDelete